Thursday, December 25, 2008

Who AM I

Who Am I?

Siapakah saya?... saya merupakan pekerja di syarikat Gudang yang terbesar di Qatar.. saya juga memiliki 8 orang operator di bawah saya.. Di sebelah pagi saya adalah pekerja manakala di sebelah petang saya adalah orang yang merantau..saya juga memiliki kawan yang membuat saya gembira..

Tapi siapakah saya sebenarnya?...

Selama ini kita hanya membayangkan diri kita pada keadaan yang kita selalu nampak, maksudnya kerja rutin harian kita... ada juga sesetengah daripada kita mempunyai motivasi yang tinggi, mempunyai perancangan dalam hidup untuk masa sekarang dan masa hadapan ada pula yang sebaliknya...

Sebenarnya saya cuma ingin menerangkan tentang Siapakah diri kita yang sebenar.. setiap orang mempunyai lebih dari satu identiti diri.. cuba anda mencari jawapan dari soalan saya ini..

1- Siapakah anda?
2- Apakah identiti diri anda yang sebenar?
3- Adakah anda merupakan orang yang gagal atau berjaya?
4- Adakah anda seorang yang disenangi di kalangan masyarakat di sekeliling anda ataupun anda seorang yang pemalu?..

Kita mempunyai banyak pengalaman dalam hidup, ini bermakna, kita mempunyai lebih dari satu identiti diri kita.. kadang-kadang kita mempunyai masalah dalam memilih identiti diri kita, contohnya, hari ini kita bersemangat untuk bekerja, tetapi keesokakn harinya kita jadi lemah..

Untuk mencari indentiti kita sebenar diri memang susah, ini kerana terlalu banyak identiti diri yang telah kita wujudkan dalam diri kita. memilih identiti diri sebenar ianya berbalik pada apa yang kita mahukan..Anda hendak menjadi manusia yang bagaimana? Anda berasa seronok untuk memiliki identiti itu? dan apakah identiti impian anda?.. secara lumrahnya kita semua mahukan yang terbaik untuk diri kita...

Kita dilahirkan tanpa mengetahui identiti diri sebnar, kita belajar untuk membuat identiti diri kita sendiri melalui pengalaman yang kita lalui..contohnya daripada seorang yang pemalu menjadi seorang yang berani, panas baran menjadi seorang yang penyabar, lemah menjadi seorang yang ada keyakinan.. Sekiranya anda masih memikirkan diri anda gagal, ini bermakna anda belum mempunyai identiti anda yang sebenar.. Untuk mendapatkan identiti yang anda inginkan, anda perlu berusaha untuknya.. identiti positif kepada negatif memang mudah untuk dilakukan, tetapi untuk menukarkan identiti negatif kepada positif, ianya memerlukan masa dan usaha yang berterusan..

Saya tertarik dengan teknik yang saya pernah baca di internet,

"untuk memiliki satu tabiat yang baik, anda memerlukan paling minima 21 hari untuk memilikinya, usaha perlula secara berterusan.."

ianya belum terlambat untuk memiliki identiti yang anda ingini selagi anda masih hidup..
identiti yang anda pilih mestilah yang membuatkan anda tersenyum bila anda mengingatinya, yang membuat anda gembira, dan selesa...

Anda akan rasakan perubahan dalam diri anda bila anda telah menjumpai diri anda yang sebenarnya.. Jadi pilih la identiti yang anda inginkan yang membolehkan diri anda gembira dan selesa serta di sukai dikalangan masyarakat sekeliling anda..

No comments: