Monday, December 22, 2008

10 Kesalahan paling besar lelaki ketika hendak menambat hati perempuan

Jangan lakukan ini ketika hendak menambat hati perempuan:


kesalahan 1 : Berhenti menjadi lelaki yang terlampau baik hati

Kaum hawa selalunya tidak memilih lelaki yang terlampau baik hati untuk diajadikan teman hidup mereka,mereka akan memilih melalui daya tarikan dari seseorang lelaki yang mereka suka..

menjadi orang yang baik tak semestinya diminati perempuan..
dan menjadi seseorang yang baik tak semestinya boleh menarik perhatian perempuan..

kalau anda seorang yang memang baik hati, seelok-eloknya jangan tunjukkan semua kebaikkan anda di hadapan perempuan yang anda suka..
tak salah sesekali berlakon sengal atau relax pada mereka..



Kesalahan 2: Cuba untuk menyakinkan mereka

Pernahkah anda menemui perempuan yang anda suka, tetapi dia tidak menyukai anda?..

memang benar anda boleh membuat mereka menyukai anda, tetapi anda tak boleh menukarkan perasaan yang dia tidak suka pada diri anda..

jangan sesekali mencuba, berusaha dan memaksa dia untuk menyukai diri anda..

apa yang anda boleh lakukan hanya mengubah persepsi pada diri anda sendiri..
"minat, suka" bukan perasaan yang datang disebabkan oleh ajakan orang, tetapi datang dari hati kita sendiri..


Kesalahan 3: Meminta kebenaran dan menyuruh mereka membuat pilihan

Jika anda ingin menelefon mereka, telefon sahaja, jangan sesekali meminta kebenaran dari mereka, ini kerana, anda akan membuatkan mereka rimas, dan mereka akan fikirkan diri anda ini seperti seorang yang tak boleh membuat sesuatu keputusan, tetapi kalau nak menelefon biarla kene dengan waktunya..

Kecuali anda ingin mengajaknya keluar.. tetapi ingat.. jangan sesekali menyuruh mereka memilih tempat dating.. anda yang berhak membuat pilihan, biarlah pilihan itu tempat yang elok dan sesuai untuk dia..

Kesalahan 4: Jangan memberi hadiah semata-mata untuk memikat mereka

Berapa kali pernah anda mengajak perempuan keluar makan?, memberi mereka bunga atau hadiah, tetapi diakhirnya anda di reject..

Sebenarnya ini adalah normal jika berlaku, kerana tidak semua cinta boleh di beli.

Ketika anda memberi hadiah atau bunga, secara tak langsung anda telah memberi satu signal pada diri anda:

" Aku tak fikir yang aku ni pilihan kau, jadi bunga atau hadiah ni lah sebagai untuk membuat kau suka kan aku".

Kesalahan 5: Jangan terlalu awal menceritakan perasaan anda


Kesalahan yang besar jika anda meluahkan perasaan anda terlalu awal pada perempuan yang anda minati..

Bayangkan jika dia baru hendak mengenali anda, tiba-tiba anda telah meluahkan perasaan anda..
secara automatik diri anda telah gagal, kerana anda bukan seorang yang penyabar.. lelaki perlukan sedikit ego untuk meluahkan perasaan..sebelum luahkan, lihat lah signal yang mereka beri dahulu..

Perempuan selalunya memerlukan masa untuk menyukai seseorang lelaki, lebih-lebih lagi bagi perempuan yang pernah mempunyai pengalaman putus cinta..

Kesalahan 6: Jangan menjadi Cupid

Jika ada di antara kawan anda meminati perempuan yang anda minat, jangan sesekali anda menolong kawan anda, anda telah memperbodohkan diri anda sebenarnya ( maaf jika kasar), kalau kawan anda meminatinya, biar kawan anda berusaha sendiri, tidak seronok jika hidup ini tiada cabaran, lagi-lagi ingin mendapatkan perempuan yang anda minati..

Biar kalah tapi anda ada usaha, mana lah tahu mungkin perempuan itu memang dah suka kat anda, dan tiba-tiba anda memberi peluang kepada kawan anda.. anda telah rugi...

Kesalahan 7: Fikirkan tentang harta dan gaya

Tidak semua perempuan meminati lelaki yang banyak duit dan bergaya, dan anda jangan sesekali menilai mereka begitu...

Jangan menunjukkan diri anda ini banyak harta atau mempunyai pekerjaan yang bagus, kerana cinta sejati adalah cinta yang datang dari hati bukan dari harta dan gaya...

Jadi diri anda sendiri... tak perlu berlakon... jangan malu dengan kekurangan pada diri anda, sebab anda masih boleh menggunakan body language atau cara komunikasi untuk memikat mereka..

Kesalahan 8: memberi semua kuasa kepada perempuan

Kesalahan ke 8 ini sama seperti kesalahan meminta kebenara dan menyuruh perempuan memberi pendapat...

Lelaki sanggup membuat apa saja untuk memiliki perempuan yang mereka sukai.. jangan sesekali bersikap begini.. tak salah kita berubah, tapi biara la betul caranya..

Perempuan tidak suka lelaki yang lemah, jangan membiarkan perempuan yang control keadaan..
lelaki have spirit of controlling situation.. jadi gunakan anugerah tuhan sebaik-baiknya..

perempuan juga tidak suka lelaki yang berpewatakkan meyek atau mengada-ngada..

Kesalahan 9: Tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika bersama mereka

Percaya atau pun tidak.. perempuan mempunyai 10 kali ganda lebih bagus dari lelaki untuk membaca gerak badan..

Jangan sesekali anda ingin melakukan benda yang tak elok kepada mereka...

Menambat hati mereka, meminta nombor telefon, mengajak mereka keluar dating dan apa-apa sahaja... mereka akan melihat melalui bahasa badan anda.. jadi tunjukkan la yang positif...dan belajar bagaimana untuk menunjukkan bahasa badan yang elok...

Kesalahan 10: Tidak percayakan diri sendiri

Perempuan sukakan lelaki yang ada keyakinan pada diri sendiri, tahu bagaimana ingin berinteraksi dengan mereka..

Seandainya anda ingin mengajak mereka keluar, tunjukkan keberanian anda.. kalau di reject pun
keesokan paginya muka anda tak dijadikan cerita hangat pada muka depan surat khabar...

Fahami hint yang mereka cuba berikan.. ada sesetengah hint yang kita tahu, tapi kita malu untuk memulakan, kalau tidak berani, cuba mulakan dengan bertanya khabar, atau pakaian yang mereka pakai dan sebagainya...










2 comments:

aRe_aRm said...

yosh...
aku la org pertama anta komen...
mn kau dpt psl benda2 nie...
dh bt kajian ke...

korukoru said...

haha.. pengalaman dan study la..haha..